Sehari setahun,
Peristiwa yang amat dinantikan,
Peristiwa yang bermakna katanya,
Diadakan untuk menyambut insan yang istimewa.
Nabi Muhammad, Nabi Isa,
Sultan,Raja,
Ibu,Ayah,
Kanak-kanak,
Remaja,
Pekerja-pekerja,
Kekasih,Suami isteri
Kawan-kawan,
Dan di hari ini, engkau, guruku.
Beribu tangan,
Mengukir penghargaan untukmu.
Menjulang martabatmu,
Mempersembahkan untukmu,
Memberi hadiah kepadamu,
Hanya untukmu.
Bagiku,
Tidak cukup sekadar itu,
Tidak cukup setakat itu.
Kernaku,
Menganggap setiap detik yang berlalu,
Detik bagimu.
Setiap hari ialah harimu.
Tidak perlu dewan gah,
Berhias mewah.
Tidak perlu hadiah,
Bernilai wah.
Cukup sekadar,
Aku gembirakanmu,
Menjadi qurratu ainmu,
Tatkala dikau melihatku.
Itu lebih bermakna bagiku.
Guruku,
Tariklah aku dari lubang kejahilan,
Bantulah aku menggapai bintang,
Bimbinglah aku ke arah cahaya.
Semoga Tuhan melindungimu,
Dari anasir-anasir sayyiah(buruk),
Di setiap sudut,
Memberkati hidupmu.
Selamat Hari Guru.
Assalamualaikum.... :D
|
Assalamualaikum! We will rise for Islam!! But with hikmah. Bangkit demi Islam!! Tapi dengan hikmah.
Friday, 29 May 2015
Selamat Hari Guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment