Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mempertemukan kita dalam post pertama ini.
Ini merupakan kali pertama saya membuat blog, jadi insyaAllah apa-apa motivasi, mahupun ilmu yang ingin dikongsi bersama-sama kalian akan saya postkan di sini.
Jadi dalam post pertama ini, kita akan mempelajari nikmat iman dan islam.
Sesungguhnya iman bermaksud kepercayaan dari segi bahasa dan islam itu berserah diri.
Dari segi istilah pula, iman ni kita yakin bahawa Allah SWT sahaja yang mampu menciptakan segalanya dan menentukan kadar masing-masing, islam pula kita berserah diri kepada Tuhan kita, Rabb kita, Allah Azza Wajalla dalam semua urusan.
Kedua-dua ini merupakan nikmat terbesar dan yang paling bernilai dalam hidup di dunia dan di akhirat nanti. Kenapa agaknya eh?
Kerana jika seseorang itu mati dalam keadaan beriman mahupun mengatakan kalimah 'La Ilaha Illa Allah' tanpa mensyirikkan Allah, nescaya syurga terus baginya, tak kiralah dosa dia menggunung mana sekalipun tetap Allah ampunkan.
Nikmat yang lain di dunia? Itu sementara je (bunyi petir), kalau Allah letakkan nilai padanya walaupun sebesar lalat, hmmph, langsung tak de peluang untuk orang kafir menikmatinya walaupun seteguk air.
Tengok, hanya iman dan islam sahaja boleh menjamin syurga yang selama-lamanya.
Inilah apa yang cuba dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan kita. Cuba mengembalikan manusia sekalian alam kepada Allah yang satu. Menghentikan anasir-anasir kuffar (a.k.a menyeleweng) dan perhambaan manusia.
Sabar jap (bunyi cd muzik tersekat),
Iman dan islam ni macam mane ehh, apa cara nak tau kita beriman???
Senang je,
Setiap kata-kata kita merujuk kepada Allah,
Contoh, ketika lapar,
'Ya Allah, bantulah aku untuk mencari makanan'
atau
'Ya Allah, aku nak sangat makan agar dapat beribadat kepadaMu'
BUKAN NI,
'Laparnya, aku nak makan doh, kalau tak nanti mati'
Nampak senang kan?
Tapi cuba istiqamah cakap macam tu.
Itu challengenya.
Ada berani?
Itu sajalah santapan hati buat masa ni, segala kebaikan itu datang dari Allah dan yang buruk itu kelemahan diri sendiri, namun hakikatnya dua-dua sudah Allah takdirkan. InsyaAllah kita bertemu lagi dalam post yang lain.
No comments:
Post a Comment