Tuesday, 25 November 2014

Halaqah Iman Versi Melayu

(Aktiviti ini selalu digalakkan dibuat setiap hari di asrama oleh seorang warden yang dipanggil Ustaz Del. Ini merupakan latihan lidah kita bercakap kebesaran Allah pada masa yang sama meningkatkan iman kita hari demi hari. Di bawah ini merupakan contoh sahaja. (Nape skema sangat ayat aku ni?) Cuba la buat setiap hari dengan family ke, kawan ke, jiran ke mahupun saudara seIslam yang tidak dikenali.)

Alhamdulillah,

Bersyukur ke hadratNya yang pertemukan kita sekali lagi dalam post kali ini setelah Dia berikan nikmat yang berbagai-bagai kepada kita.

Contoh?
Ape contohnye?
Banyak contohnye!
Kita ambik yg simple.

1. Oksigen yg kita ambik ni, yang memang diperlukan pun kalau Allah nk ambik balik senang, cuba tahan nafas 1 minit. Ok, 2 minit. Lame lagi? 5 minit. Dahsyatnya. 10 minit.
(Yela tu, susah nk tahan 10 minit, 1 minit pun ada yg nk pengsan.)

2. Mata korang tu, yg sdg baca post ni, kalau Allah SWT nk butakan mata korg, macam mane korang nk memandu, potong makanan, tengok jalan?


Baru 2 beb! Belum kira nikmat ada adik, kakak, mak bapak, kawan baik, rumah selesa, duduk negara Malaysia dan banyak lagi.

Tapi, dalam semua nikmat tu kan,  2 je yg paling bermakna (ada sebut kan dalam post sebelum ni? x pe ulang lagi) Nikmat iman dan islam.
Kenapa?
Tanpa 2 nikmat ni, mustahil ko nak masuk syurga!

Sesungguhnya sesiapa yang mati dalam keadaan beriman, nescaya dia akan masuk syurga.

Tengok! Betapa berharganya nikmat ini, saudaraku sekalian.

Namun, ada pencuri yang memang licik dalam 'mencuri' nikmat ini.
Sepertimana berlian beribu-ribu karat boleh dicuri, apatah lagi iman dan islam. Siapa 'pencuri'nya?
Syaitan laknatUllah alaih.(Bunyi petir) Dia ni paham nilai iman dan islam. Malah dia berjanji depan Allah SWT yang dia akan menyesatkan anak Adam untuk masukkan diorang ke neraka.

Jadi, bagaimana hendak menjaga iman kita?
Kita cakap pasal kebesaran Allah hari demi hari untuk mempertingkatkan iman. Jumpa kawan lama tepi jalan cakap sikit pasal kebesaran Allah. Kita masukkan kalimah La Ilaha Illa Allah ke dalam hati kita agar kita percaya bahawa ALLAHlah yg menciptakan segalanya.
Kipas tak bagi kita sejuk, Allah yang bagi. Makanan tak bagi kita kenyang, Allah yang bagi.
Tapi jangan pulak tak makan, kata Allah yang bagi nanti. Allah hanya bagi kalau kita usaha.

Jadi insyaAllah, apa yang saya 'sebut' (sebenarnya tulis) ini bolehla kita ulang hari demi hari dengan orang lain untuk tingkatkan iman kita.

Assalamualaikum!

No comments: